Popular

10 Tanda Suami Curang Pada Isteri, Ada Affair Dan Skandal



TANDA SUAMI CURANG

Benar dan tidak disangkal, ramai juga isteri curang. namun apa yang selalu kita dengar ialah suami curang. Tanda suami curang itu tidak perlu dicari. Tiba masanya ia boco sendiri.

Jangan ingat suami yang baik di depan anta itu tidak curang. Usah pandang remeh. Banyak tanda suami curang pada isteri, yang isteri sendiri tidak sedar. Percayalah, suamii yang tampak bagai seorang 'family-man' itulah yang cukup berbahaya. mereka pandai merahsiakan sesuatu dari isteri sendiri.

Mari kita tengok, apakah ciri - ciri atau punca suami curang?

1. MARAH - MARAH APABILA ISTERI TANYA LOKASI SUAMI

Bila isteri tanya "Malam semalam pergi mana?". Suami jawab, "Eh pergi rumah samsul la, tengok bola Arsenal lawan Liverpol. Kalau tak percaya, pergilah 'call' Samsul tu". sambil mendegus. Tampak biasa bukan?

Percayalah, bila lelaki bersikap defensif apabila ditanya ke mana dia pergi, itu adalah satu petanda besar yang tidak baik. Kalau betul, buat apa nak tinggikan suara?

Seperkata lagi, suami sangat fobia dengan fungi 'location tracking'. Fungsi moden ini, contohnya dari Maxis, iaitu produk Maxis Friend Finder akan membuatkan suami tidak senang duduk.

2. MENJADI SAMADA LEBIH GHAIRAH ATAU TIDAK GHAIRAH DENGAN ISTERI

Kalau suami tidak melayan isteri di ranjang untuk memenuhi tuntutan seksual, ia sesuatu yang pelik.
Walaupun apa pun alasannya, lelaki normal tidak akan menolak ajakan isteri untuk melayari bahtera rumahtangga.

Namun, apabila suami ghairah tidak bertempat, lain dari kebiasaan, ia juga satu petanda dia menyimpan perempuan lain. Suami sebenarnya rasa bersalah dan iingin menebus kesalahan itu dengan melayani isteri sebaiknya. Lebih teruk, apabila suami telah ' bersama' dengan skandalnya itu, ia akan menaikkan hormon testosteron. Lantas, isteri di rumah juga menjadi mangsa rakusnya, walaupun ia halal.

3. TIBA-TIBA BERPEWATAKAN KEMAS & BERPENAMPILAN MENARIK

Dulu tidak pernah peduli dengan penampilan diri. Sekarang, tiba - tiba suami 'tuck-in baju ke dalam seluar. Baju kemeja atau t-sharit, hatta jika ingin pergi ke kedai, suami akan setirika sendiri. Suami juga sudah pandai beli minak wangi. Seluar dalam yag isteri beli, suami sudah pandai memilih. Janggut dan misai sudah pandai 'trim'.

Hati-hati bila perkara diatas berlaku. Pada zahirnya, nampak seperti perubahan positif, sebenarnya 'ada udang disebalik batu'

4. PERUBAHAN SIKAP SUAMI YANG KETARA

Sekadar ingatan, antara tanda lain ialah 'mood' suami juga berubah-rubah. Sekejap baik yang melampau, sekejap kasar. Sekejap marah, sekejap baik. Sekejap cium isteri, sekejap malas nak pandang isteri. Pada dasarnya, bila suami ada dua orang perempuan lain dalam satu-satu masa dia berasa takut dan cemas.

5. SUDAH PANDAI BAWA TELEFON BIMBIT DALAM TANDAS

Sememangnya pelik bukan? Buat apa bawa telefon bimbit atau 'hanphone' dalam tandas. Alasan suami untuk bermain 'game' sebenarnya mengambil peluang untuk main mesej dengan skandalnya itu dalam suasana yang tenang tanpa gangguan isteri dan anak-anak

6. TELEFON BIMBIT ADA 'PASSWORD'

Pasangan suami isteri sepatutnya sentiasa berterus-terang antara satu sama lain. Tiasa rahsia yang perlu disimpan. Jadi, apabila suami meletakkan 'password' pada 'handphone', dengan alasan takut anak 'delete' mesej penting adalah karut semata-mata.

7. MENJADI SEORANG PERAHSIA & TIDAK MAHU BERCAKAP

Selalunya, suami akan bercerita apa yang berlaku di pejabat. Apabila dia tidak lagi mahu bercakap dengan isteri dan mula berahsia tentang aktiviti hariannya, isteri kena selidik.
Suami akan berkata dia sebenarnya penat dan perlukan rehat. Sebenarnya, dia 'penat' untuk malayani dan mencintai dua perempuan dalam satu masa.

8. ASYIK SURUH ISTERI BALIK RUMAH MAK

Dulu selalu marah bila isteri berkeinginan mahu melawat mak dan ayah. sekarang, asalkan hujung minggu sahaja, nak hantar isteri dan anak-anak balik kampung. Apatah lagi cuti sekolah. Kalau boleh sepanjang cuti sekolah dia mahu bersendirian. "Ada banyak kerja, selalu balik lambat" katanya. Alasan yang tidak munasabah.

Dulu tidak pernah tolong 'packing' beg untuk balik kampung. Sekarang suami terlebih rajin pula tolong siapkan beg, kemas baju dan permainan anak untuk dibawa pulang.

9. NALURI SEORANG ISTERI, "6TH SENSE" ATAU "WOMAN INSTINCT" SELALUNYA BETUL

Ini ialah tanda yang pling jelas dan terakhir. Bila isteri rasa "Macam ada 'something' yang tak kena je", ia sebenarnya memang ada sesuatu yang tidak kena. Jarang sekali telahan isteri itu salah. Tidak diperkatakan, setiap isteri memang dikurniakan deria keenam yang tiada siapa boleh menidakkannya.

http://picasion.com/
http://picasion.com/ 10. TELEBIH 'CARING' PADA ISTERI

Selalunya, suami kita begitu. Tiba-tiba sahaja, dia berubah menjadi teramat baik. kalau berlaku perubahan mendadak sebegini, tentu ada sesuatu yang tidak kena. Orang dilamun cinta, begitulah hendaknya. Senyum memanjang. Bila bersama isteri sendiri, dia teringat bersama skandal. Sebb itulah asyik sentiasa senyum. Nama pun lelaki, cukup mudah ditafsir.

Akhir kata.

Akhir kata, semoga anda semua berhati-hati dengan perubahan suami. Sama-sama kita berdoa agar dapat melayari rumahtangga yang harmoni dan bahagia.
Previous
Next Post »

nuffnang ads