Kerisauan dalam menjalin hubungan
pasti di dambakan setiap pasangan. Melihat senyumnya, tawanya dan sentuhannya
menjadi sesuatu hal yang sukar dilupakan ketika menjalin hubungan serius. Tapi
sejauh manakah seriusnya pasangan anda? jeng jeng jeng.. huhu
Berikut adalah tanda-tanda
seorang lelaki serius dalam menjalinkan hubungan percintaan dengan seorang
wanita:
1. Kecantikan kamu diketepikan.
Keikhlasan kamu diutamakan. setuju?
2. Apabila timbul orang ketiga,
dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali
kekasihnya.
3. Si dia akan sentiasa
menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan
kamu.
4. Si dia sanggup menitiskan air
mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya
untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang
sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat
buatmu. huhuhu
5. Sentiasa menghiburkan hati
kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.
6. Jangan kamu anggap teman
lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu
nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
7. Jika sudah sayang, macam-macam
akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika
teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan
kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana
untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
8. Ada juga lelaki yang cepat
berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak
diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu
bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu
meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila
berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada
kamu.
9. Lucu tapi hakikatnya begitulah
apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil
semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan
kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang.
Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
10. Kamu hadapi masalah dan orang
pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu
melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
11. Sekiranya teman lelakimu
sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu
satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang
kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa
diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu
sudah dimiliki olehnya.
12. Tidak suka kamu memakai seksi
kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.
13. Dia berusaha mengongkong
kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
14. Dia sentiasa mengawasi
pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
15. Dia mudah merasa cemburu dan
sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
16. Dia tidak akan melayan
perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Kalau ditinggalkan oleh
kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain
namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
18. Dia tidak suka kamu keluar
malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.
19. Dia tidak akan berlaku curang
kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya
belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
20. Dia tidak suka ada lelaki
lain mendekati kekasihnya.
HARGAILAH lelaki dan terimalah
mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang
yang bergelar LELAKI. 😉😉
2 comments
Catat comments👍👍👍👍👍
Reply👍👍👍👍👍
ReplyEmoticonEmoticon