Diam Seribu Bahasa Dia diam je sepanjang ada dengan
kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia
anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum
ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
Buat Tak Tahu Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita
minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je.
Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara
protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat
seolah-olah kita ni tak wujud.
Menolak Untuk Makan Bersama Bila lelaki merajuk biasanya dia
tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti
“awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan
saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang,
sambil makan… )
Masam Muka Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling
kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak.
Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun
lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)
Baca Surat Khabar Bab ni memang tabiat orang
lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa
dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak
kalau tengah-tengah malam buta.
Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam Dia akan tengok TV tu sampai
larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV
tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
Keluar Rumah Tanpa Beritahu Ada lelaki yang tak akan
memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa
dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
Matikan Telefon Bimbit Ha ni satu lagi tabiat lelaki.
Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita
mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri
kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya
lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!
Hisap rokok Macam tak pernah dapat rokok setahun…
2 comments
Catat comments😅😅😅😅😅
ReplyComeyy gambr bdk tu mrajuk..hihi
ReplyEmoticonEmoticon