1.Dia selalu berasa emosi dengan anda/perkara kecil pun anda menjadi pergaduhan
2.Dia membeli seluardalam/bra atau baju baru
3.Dia memulakan membuat E-mail baru tanpa pengetahuan anda
4.Dia sering keluar bersama rakan-rakan wanita untuk beberapa jam
5.Dia mempunyai pil pencegahan keluarga/pil perancang
6.Dia mula menyimpan nombor telefon dan telefon yang di akaunkan kepada nama syarikat/tanpa pengetahuan anda
7.Dia kehilangan cincin perkahwinan/cincin perkahwinan berpindah dari kiri ke kanan atau sebaliknya
8.Dia memadamkan mesej atau daftar setiap panggilan/ memadamkan setiap mesej di peti e-mail
9.Dia sering mencurigai anda contoh:memeriksa email atau telefon anda seperti mana yang dia lakukan dibelakang anda
10.Dia akan mengatakan “macam mana kalau saya sudah mati”
11.Dia mengeluarkan barangan mainan anak-anak daripada kereta
12.Dia mendapat calar kecil dibahagian leher atau belakang
13.Dia berhenti melakukan hubungan badan buat tempoh yang lama
14.Dia tidak ingin anda melihat tubuhnya dalam tempoh seminggu atau lebih/kerana mungkin ada kesan tanda merah ditubuhnya(love bite)
15.Dia memulakan pergaduhan dan pergi keluar untuk membeli belah
16.Dia membenarkan anda keluar dan anda boleh balik rumah pada lewat petang
17.Dia mengambil cuti kerja tanpa pengetahuan anda
18.Dia menunjukan reaksi kurang selesa dengan anda
19.Dia mengambil lebih banyak masa dengan komputer daripada anda/termasuk apabila anda sudah tidur
20.Dia keluar rumah bila tengah malam/semasa anda tiada dirumah
21.Dia menyimpan barangan kecil yang anda tidak pernah belikan atau yang dia pernah beli dan tunjukan kepada anda
22.Dia lebih banyak mendiamkan diri dan termenung bila anda perhatikan dan memarahi anda bila menegurnya
23.Apabila suami menyambut telefon milik isteri yang tertera nama wanita tetapi talian ditutup oleh pendail.
24.Dia mengatakan ada yang tidak kena pada dirinya/tidak berasa sehat dan masuk tidur(perbuatan yang kerap)
25.Dia menyambut telefon dan berpura-pura rakan wanita yang menghubungi kemudian bercerita dengan nada suara yang lembut
26.Dia mula membandingkan anda dengan orang lain
27.Dia sering menceritakan rakan sekerjanya (lelaki) kepada anda
28.Akhir-akhir ini anda sukar membawanya untuk keluar makan tengahari sewaktu rehat/alasan sibuk
29.Dia melarang anda membuka email nya dengan alasan terlalu peribadi
30.Keadaan suasana rumah tidak teratur/barang-barang tidak berkemas/tidak mengemas rumah
31.Dia kurang berminat aktiviti bersama anak-anak/beriadah dan sebagainya
32.Dia akan menolak pelawaan jika anda membawanya ke pusat membeli-belah/tempat biasa kamu pergi bersama dengan beberapa alasan
33.Dia akan membawa beberapa helai seluar dalam di dalam beg tangan
34.Dia keluar rumah harum semerbak bagai bidadari namun pulang kerumah seperti pekerja binaan banggunan(contoh)
35.Dia sering bertanya adakah anda ada teman wanita/curiga
36.Dia sering bertanyakan alamat-alamat tempat tinggal kawan anda/untuk kemudahan untuknya dating dengan kekasihnya
37.Dia mula berminat dengan muzik-muzik yang memang anda tahu dia tidak meminati muzik itu
38.Dia mula berminat mengenai bola sepak tetapi berlainan kelab dengan anda/sebagai contoh: anda meminati manchester united dan isteri anda dengan tiba-tiba meminati pasukan chelsea( ada kemungkinan )
39.Dia tidak ingin anda membasuh baju-baju/pakaian miliknya
40.Anda menghidu wangian lain di pakaian isteri selain wangian miliknya atau milik anda
41.Dia akan memarahi/sangat marah sentuhan daripada anda dan dia mengatakan anda miang dan dia tidak selesa
42.Dia mula bekerja lebih masa namun tiada bayaran masuk kedalam akaun gajinya/anda diminta merekodkan tarikh tersebut tanpa pengetahuannya dan cuba bertanya bila waktu dia buat kerja lebih masa (anda berpura-pura lupa)
43.Anda terserempak dia dirumah dimana hari yang sepatutnya dia bekerja
44.Dia sering hilang tumpuan ketika berbicara dengan anda
45.Dia akan mengubah setiap perangai orang dirumah dengan tiba-tiba
46.Dia akan menunjukan minat kepada benda pelik-pelik yang selama ini anda tidak tahu
47.Dia akan mengeluarkan loghat yang lain ketika berkata-kata/maksud:cara dia bercakap
48.Dengan secara tidak sengaja dia memanggil anda “sayang” & “darling” padahal selama ini dia memanggil anda abah, abang atau nama/termasuk ketika membuat hubungan badan
49.Anda terjumpa CD lagu penyanyi lelaki dalam simpanannya
50.Ada beberapa kesan lipstik melekat pada tisu muka di dalam beg tangan/dalam jumlah lebih dari 3/dia akan menyapu bekas lipstik untuk membuat ciuman
51.Anda merasa curiga dan menyergahnya di depan pintu rumah/apabila isteri balik dalam keadaan mencurigakan dan tangan si isteri akan bergetar-getar ketakutan apabila anda memegang tangannya
52.Apabila isteri anda pulang kerumah anda memeluk dan cuba menghidu bau badan isteri/periksa kalau ada bau yang pelik atau wangian lain sebelum si isteri pergi mandi/jika dia marah? confirm ada jantan lain
53.Dia akan tidur berasingan/ membelakangkan anda / tidak memeluk anda seperti biasa
54.Dia tidak melayani anda dengan baik tetapi sering menyanyikan lagu-lagu cinta
55.Pada hujung minggu dia asyik membawa anda bertengkar namun bila hari esok dimana hari bekerja dia kelihatan ceria dan semangat pergi ke tempat kerja
56.Dia asyik bercakap tidak mahu anak lagi/tidak mahu mengandung
57.Apabila dia tahu mengandung dia cepat-cepat ingin gugurkan kandungan/dengan alasan belum bersedia mahu anak lagi
58.Anda merasa pelik isteri datang haid pada hari yang bukan sepatutnya/kemungkinan dia menggurkan anak itu dan tidak mahu anda tahu milik siapa anak itu.(mungkin si isteri tidak dapat memastikan siapa ayah bayi itu anda atau kekasihnya)
59.Dia akan tergesa-gesa menutup komputer dirumah apabila mengetahui anda tiba-tiba pulang
60.Dia mula mengubah suai dirinya dengan baju baru dan mencantikan diri namun masih melayan anda dengan buruk
61.Anda memeriksa hutang kad kredit isteri berlambak namun barangan yang dibawa pulang tidak sama nilai dengan yang ada
62.Anda memeriksa beg tangan/dompet isteri dan terjumpa bil pembelian dari kedai/shoping mall dimana tarikh dan masa dimana isteri patut pergi bekerja,kerja lebih masa atau kerja dihujung minggu./anda di nasihatkan merekod hari dimana isteri anda kerja lebih masa
63.Anda terjumpa BIL/CEK “HOTEL/RUMAH PENGINAPAN” dalam beg tangan , dompet atau dimana sahaja termasuk dalam pakaian
64.Anda terjumpa kepingan kertas atau bil pembelian yang tertera “no telefon, email atau alamat /walau nama wanita sekalipun di atas kertas itu ANda mestilah siasat perkara itu
65.Ketika dia asyik bermain komputer tidak salah jika anda cuba mematikan suis elektrik utama.Lihat reaksinya, adakah dia akan panik? jika ada masa dan peluang anda boleh menyerbu komputer itu dan periksa apa yang dilawati oleh si isteri
66.Dia selalu mengeluarkan kata-kata kesat kepada anda
67.Dia akan menyimpan set pakaian yang cantik-cantik , barang kemas yang berasingan daripada pakaian dan barang kemasnya yang lain
68.Dia akan menyusun set pakaian, alat solekan, barang kemas , kasut dan lain-lain lagi termasuk beg tangan , jam atau seluar dalam mengikut kedudukan yang teratur mengikut hari apa yang dia akan gunakan.Mengenai ini anda harus memerhatikan susunan tersebut dengan teliti dan merekod kan setiap susunan tersebut.Jika anda dapati salah satu pakaian itu tiada dalam susunan dan anda tidak melihat pakaian tersebut digunakan oleh isteri anda mahupun telah di cuci memang sah pakaian atau benda itu dia gunakan untuk berjumpa seseorang.Biasanya, perempuan ini sangat cerewet tentang harta benda miliknya dan jika di pinjam dia akan memberitahu anda atau melenting seorang diri.
69.Dia akan segera mencuci seluar dalam apabila pulang dari kerja atau baru pulang dari keluar rumah yang pada biasanya memang jarang orang mencuci seluar dalam setibanya pulang ke rumah.(datang haid 100% dikecualikan)
70.Dia akan berhubung melalui sms atau telefon didalam tandas dan tahap bunyi telefon akan di padamkan
71.dia akan menghubungi kekasihnya apabila anak-anak atau anda sudah nyenyak tidur(anda mungkin tengah berdengkur).Jika dia terdesak kerana anda belum tidur dia akan memberi *Ehem* semua suami tentu paham kan.(nafkah batin lah)
72.Dia akan mula bersubahat dengan rakan wanita kononnya meminta izin untuk membawa dirinya keluar
EmoticonEmoticon