Popular

10 Petunjuk Si Dia Cuma Layak jadi Kawan, Bukannya Jodoh


Tidak dinafikan ada kala kita minat pada seseorang. Malah kita seperti rasa bahawa dia ialah calon jodoh. Pun begitu ada juga beberapa perkara boleh dijadikan petunjuk sama ada si dia sesuai jadi kawan atau jodoh.

Paling utama ialah anda lihat bertapa si dia ambil berat terhadap anda. Bagaimana cara layanannya. Adakah hanya anda yang berasa dia itu jodoh tetapi sebaliknya si dia tidak rasa apa-apa pun.

Berikut 10 petunjuk sia dia cuma layak jadi kawan. Jodoh perlukan seseorang yang lebih daripada ini.

1. Terang-terangan dia mengaku mempunyai ramai kenalan perempuan dan masih keluar dating dengan mereka.

2. Tiap kali berjumpa dengannya, anda tidak merasai debaran. Seolah-olah  tiada apa-apa

3. Apabila nak keluar dengannya, anda  tidak rasa perlu bersiap. Selekeh pun tak apa. Tak penig fikir baju apa, tudung apa. Pendek kata asal siap.

4. Semasa nak beli air, dia selalu minta anda bayarkan dengan alasan tak ada duit kecil.

5. Apabila ada sesuati yang lucu, anda tak malu nak ketawa berdekah-dekah. Anda boleh jadi diri sendiri walaupun masih baru kenal.

6. Apabila bercuti jauh, anda tak teringat langsung pada dirinya.

7. Dia tak malu dan tidak teragak-agak minta pinjam duit daripada anda.

8. Setiap kali nak berbual di telefon, dia hanya tinggalkan missed call dan harapkan anda akan telefon dia semula. Apabila ditanya, alasan dia - kredit habis.

9. Apabila anda ceritakan pengalaman putus cinta, dia boleh dengar bersungguh-sunggih tanpa tunjuk sebarang emosi

10. Dia tak pernah bercakap atau beri sebarang tanda tentang masa depan hubungan anda berdua. ini kerana dia tidak rasa anda istimewa.
Latest
Previous
Next Post »

nuffnang ads